Ads 468x60px

Labels

TERKINI

Terima kasih kerana mengunjungi blog AKRAM ini.... Segala pandangan mengenai blog ini amat kami alu-alukan...

Tuesday, June 18, 2013

INFO TERKINI : ELAPORAN V13

ASSALAMUALAIKUM...

UNTUK MAKLUMAN GURU-GURU j-QAF DAERAH KUALA TERENGGANU.....

ELAPORAN V13 BOLEH DIMUAT TURUN DI LAMAN SESAWANG BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM (BPI) DENGAN MENG'KLIK' DI PAUTAN BERIKUT :http://www.bpi.edu.my/v1/index.php/2-uncategorised/235-panduan-e-pelaporan ATAU DOWNLOAD DI BAWAH INI:

1. ESATU

2. EDUA

3. ETIGA

4. EEMPAT

5. ELIMA

6. EENAM

7. ESEKOLAH


SETELAH SEMUA DIISI DENGAN LENGKAP SILA EKSPORT DAN SEND KE PPD KUALA TERENGGANU DI ALAMAT EMAIL : elaporanjqaf@gmail.com selewat-lewatnya pada 23 JUN 2013 (AHAD) JAM 12.00 TGH.....MANAKALA DAERAH LAIN ADALAH MENGIKUT PENYELIA PPD MASING-MASING.....


SEKIAN.....ADMIN

Sunday, May 12, 2013

KHAS UNTUK GURU AKRAM PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB SAHAJA....

MAKLUMAN...


UNTUK MEMUDAHKAN GURU-GURU AKRAM SEKALIAN... PIHAK ADMIN TELAH MENG'UPLOAD'KAN CONTOH INTRUMENT BAGI MEMUDAHKAN GURU-GURU SEKALIAN.... BAHAN TERSEBUT BOLEH LAH DI DOWNLOAD DI LINK DI BAWAH :

http://www.mediafire.com/view/?bcb4q63z9y44ukz


SEKIAN......ADMIN...

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH EMAIL TERUS KEPADA ADMIN...kssrpibaterengganu@gmail.com

Tuesday, January 22, 2013

INFO TERKINI : BLOG RASMI KSSR TERENGGANU

ASSALAMUALAIKUM...

MAKLUMAN KEPADA PELAWAT-PELAWAT YANG DIHORMATI..... TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG AKRAM INI....

BERMULA HARI INI 22 JAN 2013.... SEGALA MAKLUMAT BERKAITAN KSSR BOLEH DIDAPATI DARI LAMAN BLOG KSSR : http://kssrpibaterengganu.blogspot.com/

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI....

TERIMA KASIH.....ADMIN

Wednesday, January 16, 2013

TERKINI : SURAT SIARAN AGIHAN WAKTU & PROGRAM j-QAF

ASSALAMUALAIKUM....

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU.

MERUJUK KEPADA SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KP(BPSH-SPDK)201/005/02 JLD.4 (33) BERTARIKH 21 DISEMBER 2012 ADALAH BERKAITAN....

AGIHAN WAKTU BAGI SEMUA TAHUN BERMULA TAHUN 1-6 ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT :

1) AL-QURAN : 3 WAKTU SEMINGGU

2) ULUM ASY-SYARIAH : 2 WAKTU SEMINGGU

3) JAWI : 1 WAKTU SEMINGGU

JUMLAH KESELURUHAN WAKTU PENDIDIKAN ISLAM IALAH 6 WAKTU SEMINGGU.

DIHARAP SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM MEMATUHI SURAT SIARAN TERSEBUT...





RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (15 JAN 2013)

ADALAH DIMAKLUMKAN..... SUSULAN DARI SURAT SIARAN TERSEBUT.... AGIHAN WAKTU BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 TELAH BERUBAH DARI 4 WAKTU AL-QURAN 2 JAWI KEPADA 3 WAKTU AL-QURAN 2 ULUM ASY-SYARIAH DAN 1 JAWI BERKUAT KUASA 1 JAN 2013.

JUSTERU ITU, RPT YANG LAMA (2012) TIDAK TERPAKAI SECARA AUTOMATIKNYA....

IRONINYA, SATU RPT BARU TELAH DISUSUN UNTUK MEMUDAHKAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU...

RPT TERSEBUT BOLEH DIMUAT TURUN PADA LINK DI BAWAH :

1) RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (15 JAN 2013) (WORD)

2) RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (15 JAN 2013) (PDF)

ATAU PADA MENU BAR KSSR DI ATAS.



HARAP MAKLUM......ADMIN

Tuesday, January 1, 2013

RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1-3 2013

ASSALAMUALAIKUM.....

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU....

RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1-3 KSSR BOLEH MULA DI MUAT TURUN DI MENU BAR KSSR DI ATAS.......


ATAU PADA LINK BERIKUT :

1. RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1-3 2013 (WORD)

2. RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1-3 2013 (PDF)


SEKIAN HARAP MAKLUM......ADMIN

Monday, October 15, 2012

MAKLUMAN TERKINI...
ADALAH DIMAKLUMKAN SKEMA PENDIDIKAN ISLAM BAGI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (OTI 6) 2012 BOLEH DI MUAT TURUN DARI MENU BAR "SKEMA" DI ATAS....

ATAU PADA LINK DI BAWAH :

SKEMA PENDIDIKAN ISLAM AKHIR TAHUN 2012

***RALAT.... TERDAPAT KESILAPAN DALAM SKEMA TAHUN 6, BUTIRANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. SOALAN NO. 8 : JAWAPAN SEBENAR IALAH "BA"

2. SOALAN NO. 11 : JAWAPAN SEBANAR IALAH "ALIF"

ATAU DOWNLOAD DARI SKEMA BARU DI LINK :

http://www.mediafire.com/view/?gn08qybw0zdh4z8

SEGALA KUSULITAN AMAT DIKESALI.....


HARAP MAKLUM....ADMIN

Tuesday, August 14, 2012

DI AMBANG IDUL FITRI

Muqaddimah

• Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

• Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Bolehkah Bersuka Ria di Hari Raya?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :
دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَإِنَّهَا أَيَّامُ عِيدٍ

Maksudnya :
"Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya"

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.HM, Nabi S.A.W pernah bersabda :
مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَذَلِكُمْ الْمُؤْمِنُ

Maksudnya :
"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati "


Mengapa Mukmin Soleh Bersedih ?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa.


AMALAN-AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri.
Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta' :
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Maksudnya :
“Sesungguhnya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
Hadis yang diriwayatkan daripada al-Fakih bin Sa‘ad R.A berkata :
أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ وَيَوْمَ عَرَفَةَ
Maksudnya :
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W seringkali mandi pada hari raya Idul Fitri, Hari Raya Idul Adha dan Hari ‘Arafah….”

2. Memakai bau-bauhan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.

3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi
Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.

4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya :
“Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.”

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).”

5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat.
Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata :
أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ
. Maksudnya:
“Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat.”

6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.HM katanya :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya :
“Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).”

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.HM katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya :
“Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.”


Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini :

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.

7. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :

Maksudnya :
“...Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

i. وَمِنْكُمْ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
ii. مُبَارَكْ عِيْدُ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
iii. Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan.

Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)

9. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”


Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :
أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ
Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”


BEBERAPA KESALAHAN YANG DILAKUKAN PADA HARI RAYA
1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw.

Hadith tersebut ialah :
من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH.

Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama.

3. Tasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan orang-orang barat dalam berpakaian dan mendengarkan alat-alat musik serta perbuatan mungkar lainnya.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.A, Nabi S.A.W telah bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
…. Maksudnya :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam kaum tersebut….”

Baginda S.A.W juga bersabda :

Maksudnya :
"Benar-benar akan ada pada umatku beberapa kaum yang mereka menghalalkan zina, sutera (bagi laki-laki), khamr dan alat-alat musik. Dan benar-benar akan turun beberapa kaum menuju kaki gunung untuk melepaskan gembalaan mereka sambil beristirahat, kemudian mereka didatangi seorang fasik untuk suatu keperluan. Kemudian mereka berkata: 'Kembalilah kepada kami besok!' Lalu Allah membinasakan dan menimpakan gunung itu pada mereka dan sebahagian mereka dirubah oleh Allah menjadi kera-kera dan babi-babi hingga hari kiamat"

4. Masuk dan berdua-duaan dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Hal ini dilarang oleh Nabi S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Nabi S.A.W bersabda :

إياكم والدخول على النساء فقال رجل من الأنصار يا رسول الله أفرأيت الحمو قال الحمو الموت
.... Maksudnya :
"Hati-hatilah kalian masuk untuk menemui para wanita". Maka berkata salah seorang lelaki Anshar: "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang Al-Hamwu" Beliau berkata: "Al-Hamwu adalah maut"

Al- Allamah Az-Zamakhsyari berkata dalam menerangkan " الحمو Al-Hamwu" "Al-Hamwu bentuk jamaknya adalah Ahmaa' adalah kerabat dekat suami seperti ayah (Ayah dikecualikan berdasarkan nash Al-Qur'anul Karim, lihat "Al-Mughni" 6/570), saudara laki-laki, bapa saudaranya dan selain mereka.

Dan sabda beliau : "Al-Hamwu adalah maut" maknanya ia dikelilingi oleh kejelekan dan kerosakan yang telah mencapai puncaknya sehingga Rasulullah S.A.W menyerupakannya dengan maut, kerana hal itu merupakan sumber segala bencana dan kebinasaan. Yang demikian kerana Al-Hamwu lebih berbahaya daripada orang lain yang tidak dikenal. Sebab kerabat dekat yang bukan mahram terkadang tidak ada kekhuatiran atasnya atau merasa aman terhadap mereka, lain halnya dengan orang yang bukan kerabat. Dan boleh jadi pernyataan "Al-Hamwu adalah maut" merupakan do'a kejelekan..."

5. Wanita-wanita yang bertabarruj (berdandan mempamerkan kecantikan) kemudian keluar ke pasar-pasar atau tempat lainnya.

Ini merupakan perbuatan yang diharamkan dalam syari'at Allah. Allah Ta'ala berfirman :

Maksudnya :
”Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”

Nabi S.A.W bersabda:
"Dua golongan manusia termasuk penduduk neraka yang belum pernah aku melihatnya : ........ dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala-kepala mereka bagaikan pundak-pundak unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari perjalanan sekian dan sekian"

6. Boros dalam membelanjakan harta yang tidak ada manfaatnya dan tidak ada kebaikan padanya.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
”...dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

Firman Allah S.W.T lagi :

Maksudnya :
”Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya :
"Tidak akan berpindah kedua kaki anak Adam pada hari kiamat dari sisi Rabb-nya hingga ditanya tentang... dan hartanya dari mana ia perolehi dan ke mana ia infakkan"

7. Tidak adanya kasih sayang terhadap fakir miskin.

Sehingga anak-anak orang kaya memperlihatkan kebahagiaan dan kegembiraan dengan bebagai jenis makanan yang mereka pamerkan di hadapan orang-orang fakir dan anak-anak mereka tanpa perasaan kasihan atau keinginan untuk membantu dan merasa bertanggung jawab. Padahal disebut dalam hadith yang diriwayatkan Anas bin Malik R.A, Nabi S.A.W pernah bersabda :
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya :
“Tidak di kira beriman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya”